Petua Menghias Rumah Baru Yang Anda Perlu Tahu

rumah baru LBS CyberSouth

Adakah anda berhasrat untuk memiliki rumah sendiri? Perkara yang sering diangankan oleh ramai orang adalah untuk menghias rumah baru mereka. Semua orang selalu menghias rumah mereka dengan naluri semata-mata tanpa meneliti langkah-langkah yang mereka harus lakukan. Ikuti tips-tips ini untuk deko rumah baru anda dengan lebih baik.

Pilih warna dan jenis cat yang sesuai

rumah baru LBS CyberSouth

Warna dalaman rumah memang memainkan peranan penting, kerana ia adalah kunci untuk menetapkan mood ruangan tersebut. Ada pelbagai tona warna yang boleh dipilih, dan anda perlu pertimbangkan pilihan anda sebelum membuat keputusan muktamad. Apa perabot yang anda ingin sertakan di ruangan? Apakah warna permaidani rumah anda? Meneliti setiap sudut pemilihan warna rumah amat penting sebelum anda membuat keputusan. Ini termasuklah mengetahui jenis-jenis cat yang ada, seperti undercoat, primer, dan sealer. Kita perlu tahu beza jenis cat ini untuk pewarnaan ruang rumah yang baik.

Sesuaikan perabot dengan ruang

Anda juga perlu teliti dengan saiz ruang dan jumlah ruang yang ada di rumah. Misalnya, rumah dengan ruangan kecil perlu mengambil kira saiz perabot untuk memastikan kawasan itu kelihatan luas. Jenis perabot juga perlu diambil kira. Adakah anda mahukan perabot rotan, perabot plastik ataupun kayu? Semua pilihan anda bergantung kepada tema yang anda ingin capai pada setiap ruangan di rumah baru anda.

Pilih tema yang fleksibel

Pilih tema yang mudah dan lebih abstrak untuk memudahkan anda menghias dan memilih barangan hiasan. Sesetengah tema bersifat terlalu spesifik dan ini akan menyukarkan anda untuk mengubah suai ruangan itu kelak. Tema yang mudah adalah tema yang berdasarkan warna, misanlya tema warna terang atau warna alam semulajadi. Dengan tema yang luas dan fleksibel, anda masih dapat menaik taraf ruangan anda dengan mudah pada masa hadapan.

Lihat katalog hiasan rumah 

Terdapat banyak idea-idea hiasan rumah yang ada di luar sana, sama ada dalam bentuk majalah ataupun internet. Melihat hiasan rumah sedia ada dapat memudahkan anda mencari inspirasi untuk mula menghias ruangan rumah anda. Lihat video di bawah untuk idea-idea hiasan rumah yang anda boleh cuba.

https://www.youtube.com/watch?v=XdKlpUp6uyU

Kesimpulan

Menghias rumah kini lebih mudah dengan petua-petua ini. Anda masih mencari rumah baru idaman anda? Layari https://www.lbscybersouth.com.my/ untuk mendapatkan rumah serba moden mampu milik di bandar Dengkil sekarang.